adalah suatu hari yang ku rasa sangat aneh, di mana segalanya mendalam padaku. Segala sarafku berfungsi lebih baik, aku rasa. Aku notice perkara-perkara yang orang mungkin akan kata remeh. Seperti betapa bright-nya merah baju sahabatku, betapa sebenarnya gigi beliau agak kekuningan. Yang sebenarnya badannya berbau musky. Yang hari ini beliau tidak memakai gel rambut, dek kerana lewat bangun pagi lantas tidak sekemas selalu. Betapa angin bertiup agak kuat, dan awan yang mendung, yang tebalnya lebih daripada biasa membuatkan aku terfikir mungkin sebentar lagi akan hujan lebat. Betapa tegapnya badan bekas teman lelakiku yang barusan tadi lalu di hadapanku. Betapa beliau sangat segak dengan jambang nipis, tetapi tidak bermisai. Betapa manisnya senyuman yang dia kirim kepadaku. Yang rambut coklatnya sudah sedikit panjang daripada biasa. Yang mata hijaunya masih lagi tetap menawan, dari dulu hingga sekarang. Yang ada perempuan lalu di hadapanku, dengan ada seekor lelabah kecil di puncak kepalanya. Lelabah itu tidak bergerak banyak.
Entah mengapa hari ini aku perasan segalanya dengan agak terperinci.
4 voices:
mcm ditektif
aku bayangkan dia macam vampire yang hot.
siapa vampire siapa hot ?
entah..
Post a Comment