Saturday, December 31, 2011

Congratulations to the human race for surviving another trip around the sun


In 2012.

I have dreams to collect.
chances to be taken.
choices to be made.
and prayers to be prayed.

Congratulations to the human race for surviving another trip around the sun.

Tuesday, December 27, 2011

tentang mati. [underline,bold]

jadi nanti bila pergi
ke dunia satu lagi
sebelum sampai hari akhir,
yang dulu jadi tabir.

pahit, dibayar peria.
manis, disuap gula.

yang dulu jadi tabir.

Sunday, December 25, 2011

i just wanna hold your hand and be cute and stuff.



yea i'm lame like that.

Saturday, December 24, 2011

you just have to text me and suddenly my smile is on steroids.

Wednesday, December 21, 2011

"sudah tahu bahawa dia cuma inginkan tubuhku dan bukan jiwaku. namun aku tetap berikan senyum manja padanya. dan buat dia rasa bahawa dialah yang paling bertuah dalam dunia. kerana sesungguhnya aku sendiri yang punya jiwa kosong."

itu kata perempuan itu pada aku.
aku cuma mampu sama-sama menala kekosongan dengannya.
dan terfikirkan perkataan aphrodisiac.

Tuesday, December 20, 2011

bday

a very special 21st birthday wish to my beloved bestfriend, Hadi ;]

i didnt know what to buy.
so i made something.

i cut out a jeans.
take a few sheets of paper.

and somehow it turn into this.















Tuesday, December 13, 2011

Saat cinta dan harapan semakin pudar, 
genggam tangannya mulai longgar. 
Pegangannya terhadap janji mulai rapuh, tidak lagi teguh. 


Dan ini menggusarkan.

Sunday, December 11, 2011

dejavu. aku kata.

dia cuma angguk-angguk kepala.
secara tidak langsung dia ambil kata aku tadi dan improvise maksudnya.
dia bawa aku ke de ja vu restaurant. dekat jelatek. dekat depan setiwangsa punya LRT.
(ini bukan promo)

aku  cuma walk in dan order a few craps sebelum kembali memuntahi segalanya.

Saturday, December 10, 2011

Tadi siang rasanya aku seperti terserempak dengan Michael, high school boyfriend aku dulu. Tapi Michael tidak perasan akan kehadiran aku rasanya. Shopping mall tu memang crowded tadi. Jadi aku decide untuk give him a call. Kami berbual lama, hampir satu jam. Banyak perkara yang kami bualkan. Selepas tamat conversation kosong itu, aku terfikir, apalah yang dia buat sekarang ini. 


Mungkin dia juga berdiri di balkoni melihat langit malam. Mungkin juga dia akan sambung bercumbu dengan isterinya yang dulu cumbu itu cuma untuk aku.

Friday, December 9, 2011

Tadi aku hantar SMS pada dia. pabila SMS yang aku hantar tadi tidak dibalas dengan kadar segera, aku mulai resah dan tak dapat duduk diam.

Seminit, dua minit, tiga, empat, hinga satu dan dua jam. Aku tetap tunggu. Pabila kesabaran memuncak, aku decide untuk tidak mahu lagi hidup dengan keadaan tertunggu ini. Aku ambil pisau dan toreh pergelangan tangan kiri. Darah membuak – buak. Di saat nafas semakin perlahan, dada hampir tidak berombak, dam mata mulai rolled up to the white, ada bunyi SMS masuk.

Celaka.

Thursday, December 8, 2011

Pabila tiba hari – hari yang tidak produktif, aku akan capai telefon bimbit dan mulai browse nama – nama lelaki yang kadangkala aku sendiri tidak cam. Ibu jari masih lagi menekan punat yang membuatkan nama – nama tersebut bersilih ganti bertukar. Silas. Aku berhenti  pada nama Silas. Aku buat keputusan untuk berbual dengannya dan find out siapa dia dan mengapa dia ada dalam list nama contact phone aku. Selepas menekan menekan punat hijau, disusuli dengan bunyi ringing tone, beberapa saat kemudian, ada yang menjawab. Tetapi bukan Silas seperti yang aku harapkan, voice mail pula yang menyambut. Jadi aku tinggalkan pesan supaya miscall aku nanti.
Bosan lagi.
Jadi aku berkeputusan untuk makan beberapa keeping roti yang hampir tarikh luputnya dan buat kopi pekat supaya tidak tertidur pabila rancangan Melodi bermula. Hari yang sungguh tidak produktif…

Wednesday, December 7, 2011

Hari ini hari jadi Miya. Miya kata Miya mahu Adam Levine mengucup dahinya sebagai hadiah hari jadi. Jadi Miya telefon manager Encik Adam dan beritahu perihal hajatnya. Panggilan itu diakhiri dengan rasa hampa pabila Encik Manager Kepada Adam Levine beritahu Miya bahawa Adam sedang ghairah bercumbu dengan teman wanitanya dan dia tiada masa untuk melayan permintaan remeh seperti ini.

Nafsu memang buat orang jadi pentingkan diri, bukan?

Monday, December 5, 2011

“Jikalau segalanya happen for a reason, jadi mengapa Tuhan biarkan kita hidup susah, Bu? Mengapa Tuhan tak mahu turunkan hujan supaya crops kita kembali segar. Bu? Kenapa Ibu?”
Seperti biasa si ibu akan jawab kuriositi anaknya itu. Tapi she’s just three. Belum mengerti perihal dunia dan tuhan.
Dan seperti biasa, anak kecil itu akan mengangguk – angguk perlahan dengan mulutnya sedikit terlopong.

Sunday, December 4, 2011

empat puluh dua

Semalam Nani telah pergi ke KLCC lagi. Melihat gelagat manusia yang bermacam bangsa dan rupa. Ada yang kulitnya putih melepak dengan rambut kuning seperti di dalam tivi, ada juga yang hitam legam. Ada yang kulitnya seperti coklat pahit, kuning langsat dan juga berwarna seperti Milo yang Nani minum untuk sarapan pagi tadi. Dalam hati, Nani berbisik, betullah Tuhan telah cipta manusia daripada 7 jenis tanah. Epifani tentang tuhan ini telah buat Nani terfikir tentang mati secara tidak langsung.

Dari taman KLCC ini, di bench tempat Nani melabuh punggung, menara berkembar itu kelihatan seperti batu nesan kubur bapa yang tidak pernah dikenalinya.

Saturday, December 3, 2011


Mimi selalu terfikir mengapa orang di sekelilingnya suka mencaci dan mengherdiknya. 
Mimi tidak gemuk seperti pelampung, tidak juga pendek, tidak hitam, tidak yang segala masyarakat tipikal akan gunakan untuk mengeji.

Mimi juga tidak rongak.

Tetapi Mimi lupa. 
Anjing jalanan memang selalu dilayan seperti sampah semata.

Friday, December 2, 2011


Ada satu cerek gangsa di tepi jalan. Di seberang jalan Ali sedang kusyuk memerhati cerek itu teroleng-oleng disepak setiap yang lalu di hadapannya. Malahan si anjing kurap juga mengendahkan kewujudan cerek tersebut.

Tetapi tidak Ali.

Fikir Ali, kalau cerek itu mengandungi seekor jin yang berwarna biru sapphire, dan dia berjaya membebaskan jin itu daripada penjara gangsa, pasti ada balasan tiga hajat untuknya. Fikir Ali juga bahawa Ali adalah jelmaan Aladin di zaman serba teknologi ini. Dan Ali adalah insan yang bertuah!
Bahkan nama Ali dan Aladin hamper sama bukan?

Ali sudah mulai merancang apakah hajat yang patut dipenuhi pabila saat merdeka jin itu tiba. Sekejap Ali mahu jadi kaya seperti raja, sekejap Ali mahu jadi tampan umpama Shah Rukh Khan. Macam – macam.

Tetapi apa yang pasti kini Ali cuma ada satu permintaan muktamad.

Ali mahu hidup lagi.

Ali buat keputusan ini pada saat ada sebuah kereta sedan merempuhnya ketika Ali melintas jalan tanpa melihat arah kiri dan kanan.